Maqsid Syariah sebagai wasa’il bagi menyelesaikan masalah ummah

Posted on Updated on

Syura

Ia adalah mekanisme pengambilan keputusan dan menjadi wadah penyuaraan aspirasi rakyat, syura sebenar sepatutnya dapat mencegah kediktatoran, sikap sewenang-wenang atau penyalahgunaan kuasa. Bagaimanapun keberkesanan syura sebagai pencegahan kepada kediktatoran tersebut berkait dengan isu samada syura itu mulzim atau tidak.

Syura sepatutnya mengikat, bukan hanya memaklumkan. Matlamat tidak mungkin tercapai jika ia sekadar menyampaikan. Sebab itu keputusan syura seharusnya muktamad dalam ertikata lain mempunyai kuasa mengikat penguasa. Hanya apabila syura memiliki kuasa barulah akan wujud listening goverment (pemerintah yang mendengar suara rakyat). Hanya apabila kediktatoran dihalau jauh barulah apa yang dinyatakan oleh Allah swt wa amruhum syura bainahum (dan urusan mereka diputuskan secara kolektif sesama mereka)

Perbezaan mazhab

Ia tidak akan dapat diatasi secara total. Namun jika ummah bersatu dalam kerangka maqasid syariah, matlamat yang lebih tinggi akan mengatasi segala perbezaan yang bersifat cabang dan ranting. Ia juga bakal menjadi penghubung kepada hubungan antara agama dan tamadun manusia.

Keamanan Sejagat

Dalam dunia yang penuh konflik ini, dialog antara agama dan antara budaya menjadi sesuatu yang sangat mendesak. Maqasid syariah mengandungi prinsip-prinsip dan nilai-nilai sejagat yang dapat ditawarkan sebagai asas kepada perkongsian visi dan aspirasi umat seluruh dunia yang pelbagai latar belakang agama dan budaya. Ia demi menciptakan pelan baru dunia yang harmonis, koperatif dan penuh toleransi.

Bagi umat Islam, maqasid syariah adalah rumusan prinsip dan nilai Islam, dapat dijadikan pedoman dan rujukan dalam menyingkapi rempuhan budaya luar pada era globalisasi.

Ijtihad harus dilakukan bagi menangani perubahan-perubahan yang pesat berlaku pada zaman ini. Ia harus dilakukan secara intensif. Kegagalan memberikan jawapan yang tepat mendorong umat mencari jawapan lain diluar Islam. Dengan kata lain, kegagalan berijtihad akan membuka jalan kepada sekularisasi. Ijitijad tidak boleh dipisahkan daripada maqasid syariah. Kesahihan ijtihad ditentukan oleh sejauh mana ia menepati semangat maqasid. Kesahihan ijtihad ditentukan berdasarkan tahap mencapai ‘kekosongan’, atau merealisasikan maqasid syariah

Maqasid Syariah (3)

Posted on

Fathu ad-dhara’i wa sadduha

Ad-dhara’i adalah wasa’il, iaitu jalan atau saluran yang membawa kepada tercapainya maqasid. Ia menentukan samaada sesuatu jalan atau saluran itu perlu dibuka atau ditutup.

Fathu ad-dhara’i bererti menerima, mengakui dan melaksanakan sesuatu amal atas sifatnya sebagai wasa’il yang disyariatkan dan maqasid yang terpuji. Ertinya, sesuatu amal itu diakui dan dilaksanakan kerana ia adalah jalan supaya matlamat yang baik dapat dicapai. Maka jalan tersebut harus dibuka (selagi tidak melanggar prinsip agama). Kaedah usuliyah, ma la yatimmu al-wajibu illa bihi fahwa wajib yang bermaksud jika sesuatu itu tidak sempurna melainkan menerusinya, maka perkara itu adalah wajib.

Saddhu dhara’i pula adalah sebaliknya, iaitu maqasidnya tidak diharuskan syarak. Maka jalan atau sebarang wasa’il yang membawa kepadanya harus ditutup. Implikasi hukum terhadap ad-dhara’i harus dibuka atau ditutup bergantung kepada maqasid yang dituju atau natijahnya. Sebagaimana jalan kepada yang haram itu haram, maka jalan kepada yang wajib itu adalah wajib

Maqasid Syariah (2)

Posted on

Maqasid dan al-wasa’il

Maqasid syariah adalah ilmu yang mengutarakan rahsia, nilai, matlamat, hikmah, prinsip dan kebijaksanaan disebalik hukum hakam-syariat. Ia menjawab persoalan, mengapa, apa dan bagaimana yang selalu berlegar di sekitar sesuatu hukum. Untuk itu kefahaman tentang perbezaan antara maqasid (matlamat) dan al-wasa’il sangat penting.

Contoh:

Dalam surah Al-anfal, ayat 60. Allah menyuruh supaya disiapkan segala kekuatan bagi menggentarkan musuh contohnya pasukan berkuda. Apa yang perlu difahami adalah, mempersiapkan kekuatan itu bukan maqasid tetapi wasa’il. Yang menjadi matlamatnya adalah menggentarkan pasukan musuh.

Maqasid dan wasa’il berbeza tetapi berkait rapat antara satu sama lain. Syarak memerintahkan wasa’il sebagaimana memerintahkan maqasid itu sendiri. Adakalanya syarak melarang wasa’il jika sekiranya buruk maqasidnya. Ini bererti wasa’il disuruh atau dilarang berdasarkan maqasidnya. Martabat wasa’il lebih rendah berbanding maqasid. Wasa’il dituntut sejauh yang dapat membawa kepada terlaksanaya maqasid. Sifat maqasid tetap, sedangkan wasa’il berubah-ubah dan boleh diubahsuai. Ia sering kali tidak difahami. Tidak sedikit orang yang menghabiskan masa dan tenaga kepada wasa’il seolah-olah itulah matlamat syarak. Sedangkan maqasid atau matlamat sebenar diabaikan pula.

Maqasid Syariah (1)

Posted on Updated on

Pengenalan

  • Ia sudah menjadi satu tema penting dalam pemikiran Islam kontemporari.
  • Dahulu ia hanya dibicarakan sebagai sebahagian atau sebagai satu cabang dalam ilmu usul fiqh, tetapi sekarang ia sudah berdiri sebagai sebuah disiplin ilmu dan diajar di institusi-institusi pengajian tinggi.
  • Dr Ahmad Ar Raysuni (Ilmuan Maghribi) menggunakan istilah as-sahwah al-maqasidiyyah (kebangkitan maqasid) untuk menggambarkan situasi ini.
  • Ia adalah ilmu yang menggarap persoalan matlamat, objektif, prinsip dan nilai dasar syariat.

Prinsip Ilmu Maqasid Syariah

Ilmu ini berpijak kepada prinsip-prinsip yang lima iaitu:

  • Memelihara agama
  • Memelihara jiwa
  • Memelihara aqal
  • Memelihara keturunan
  • Memelihara harta

Namun, pendekatan kontemporari atau proses kemaskini ilmu ini perlu dilakukan sesuai dengan semangat zaman. Antara pengarang yang menyumbang kepada proses pengemaskinian semula ilmu ini adalah Dr. Jaser Auda.

Contoh tafsiran baru oleh Dr. Jaser Auda

  • Pemeliharaan keturunan diekspresikan semula menjadi care for the family (penjagaan keluarga). Hal ini pernah diungkapkan oleh Ibn ‘Asyur.
  • Pemeliharaan aqal juga tidak terhad kepada pengharaman arak sahaja, tetapi diluaskan skopnya kepada mengembangkan ilmu, pemikiran saintifik, menolak pemikiran ‘pak turut’ dan menghindari penghijrahan cendikiawan.
  • Pemeliharaan jiwa juga dikembangkan skopnya. Ia meliputi pemeliharaan maruah dan perlindungan kepada hak asasi manusia.
  • Pemeliharaan agama juga secara dramatis deberi tafsiran baru. Iaitu kebebasan beragama, sesuai dengan semangat La ikraa ha fiddin. Ia berbeza dengan tafsiran tradisional yang lebih merujuk kepada hukuman murtad (hadd riddah).
  • Pemeliharaan harta pula tidak hanya dikaitkan dengan hukuman mencuri, tetapi diberi tafsiran baru iaitu pembangunan ekonomi dan pemerataan kekayaan harta negara.

Pengembangan tafsiran ini dapat memberikan ilmu maqasid syariah kekuatan baru, supaya menjadi pendorong ke arah pertumbuhan ekonomi yang sangat dihajati oleh dunia Islam pada hari ini. Namun, pembangunan kemanusiaan adalah keutamaan dalam disiplin ilmu ini, ia juga harus ada kriterianya sendiri bagi menghindari kemungkinan menjadi alat dominasi barat.

Hudud – Adakah bertitik-tolak dari kefahaman atau sentimen sahaja?

Posted on Updated on

Pertama
Saya sekian lama membaca dan mendapat penjelasan dari tulisan ulama-ulama PAS.. Hudud wajib dilaksanakan, siapa yang tidak melaksanakannya, maka dia mungkin tergolong dalam 3 golongan berikut. Pertama mereka mungkin termasuk dalam golongan yang zalim, fasik atau kafir.. Mereka juga menambah yang Hudud ini hanya untuk Muslim sahaja..

Cuma jarang dinyatakan secara teliti dan jelas bagaimana langkah-langkah ke arah perlaksanaan perlu diambil.

Kedua
Saya pernah mendengar pandangan kedua, iaitu penjelasan dalam kuliah dan soal jawab bersama Prof Madya SS Dr MAZA berkenaan status perlaksanaan hudud yang bersangkutan dengan Maslahah Umum atau Jenayah yang mengganggu ketenteraman awam/sosial/masyarakat.. Beliau menjelaskan mana boleh ada perbezaan bentuk hukuman dalam perkara yang sebegini.. Muslim dan non-Muslim mesti sama dari sudut pelaksanaannya bagi perkara-perkara sebegini.. Mana boleh Ahmad yang mencuri dikerat tangan, sedangkan Ah Meng yang mencuri tidak dipotong tangannya.. (Ini intipati soal jawab yang saya faham, jika salah maka Dr MAZA tiada kaitan dengan kesilapan ini).

Mesti dibezakan kesalahan-kesalahan yang dilakukan itu, sama ada ia menyentuh penganut agama tertentu sahaja dan kesalahan itu menggaggu gugat kepentingan awam.

Ketiga
Saya pula pening.. Sebab ada pencinta hudud yang sanggup mengugut hendak merogol dan membunuh orang.. Bukankan rogol dan bunuh itu termasuk dalam kesalahan hudud.. 50 tahun perjuangan PAS menerangkan hudud kepada masyarakat, adakah keberkesanan dakwah mereka perlu dinilai semula.. Jika Muslim sudah sedemikian rupa kelirunya, non-muslim apa lagi?? Jadi usah disumpah seranah mereka sehingga tertutupnya pintu komunikasi dan dakwah antara kita dan mereka. Simpan dahulu label dan anak ‘kunci syurga’ kita itu.

Ini bagi saya sudah pun menjadi neraca penting yang perlu disedari oleh semua orang tentang tahap mana sebenarnya kita di Malaysia sekarang ini. Masih tahap awareness atau sudah boleh mencapai tahap pelaksanaan. Ketepikan sentimen dan semangat yang membara, berfikirlah secara waras..

Usah dipandang enteng Islah/pembaikan diri dalam kaum muslimin, kerana itu adalah kalam dakwah yang paling berkesan. Selesaikan masalah ini dengan membaiki kaum muslimin dan seiring dengan itu berdakwahlah..

Asobiyyah | Perkauman

Posted on Updated on

ASOBIYYAH |

Definisi ASOBIYYAH perlu diluaskan skop olahannya. Supaya definisi yang kita berikan menyantuni suasana dan realiti semasa. Barulah pemahaman masyarakat menjadi jernih.

ASOBIYYAH bukan hanya merujuk kepada mempertahankan kaum atau kabilah tertentu secara membuta tuli, tanpa memeriksa siapa betul dan siapa salah. Kaum dan kabilah sudah bertukar bentuk sekarang ini, ia sudah bertukar nama menjadi PARTI, JEMAAH, ORGANISASI dan juga TOKOH2 YANG RAMAI PENTAKSUBNYA..

Kita perlu mendidik masyarakat menyokong mengikut topik dan tajuk, bukan jenama tertentu… Itupun jika kita setia kepada kebenaran.. Pilihlah untuk setia dengan kebenaran walaupun ia bukan datang dari puak kita..

Ekstrem..

Posted on Updated on

Ekstrem adalah sikap yang tidak baik, di mana-mana pun ia berada.. Nabi SAW dalam apa jua perkara mengajak kepada kesederhanaan..

Ekstrem boleh berlaku pada perbuatan dan tingkah laku.. Tetapi puncanya ialah fikrah pemikiran dan sikap peribadi yang diasuh oleh gaya atau sistem pendidikan yang bersifat tidak meraikan kepelbagaian.. Ia boleh berlaku secara individu, atau dalam sesebuah organisasi.. Tidak kira organisasi itu berlatarbelakangkan agama atau tidak..

Sikap ekstrem apabila terkena pada seseorang, maka sangat susah untuk diubati, kecuali dirawat pemikirannya dengan gaya sederhana yang diajar Nabi SAW. Didedahkan kepadanya kepelbagaian pendapat.. Dan paling penting ditanam dalam pemikirannya.. AKU MUNGKIN SALAH, AKU MUNGKIN BENAR, KAU MUNGKIN SALAH DAN KAU JUGA MUNGKIN BENAR..

Kembali kepada Al-Quran dan Sunnah dengan tafsiran yang benar adalah kunci kesejahteraan pemikiran seseorang..