syura

Maqsid Syariah sebagai wasa’il bagi menyelesaikan masalah ummah

Posted on Updated on

Syura

Ia adalah mekanisme pengambilan keputusan dan menjadi wadah penyuaraan aspirasi rakyat, syura sebenar sepatutnya dapat mencegah kediktatoran, sikap sewenang-wenang atau penyalahgunaan kuasa. Bagaimanapun keberkesanan syura sebagai pencegahan kepada kediktatoran tersebut berkait dengan isu samada syura itu mulzim atau tidak.

Syura sepatutnya mengikat, bukan hanya memaklumkan. Matlamat tidak mungkin tercapai jika ia sekadar menyampaikan. Sebab itu keputusan syura seharusnya muktamad dalam ertikata lain mempunyai kuasa mengikat penguasa. Hanya apabila syura memiliki kuasa barulah akan wujud listening goverment (pemerintah yang mendengar suara rakyat). Hanya apabila kediktatoran dihalau jauh barulah apa yang dinyatakan oleh Allah swt wa amruhum syura bainahum (dan urusan mereka diputuskan secara kolektif sesama mereka)

Perbezaan mazhab

Ia tidak akan dapat diatasi secara total. Namun jika ummah bersatu dalam kerangka maqasid syariah, matlamat yang lebih tinggi akan mengatasi segala perbezaan yang bersifat cabang dan ranting. Ia juga bakal menjadi penghubung kepada hubungan antara agama dan tamadun manusia.

Keamanan Sejagat

Dalam dunia yang penuh konflik ini, dialog antara agama dan antara budaya menjadi sesuatu yang sangat mendesak. Maqasid syariah mengandungi prinsip-prinsip dan nilai-nilai sejagat yang dapat ditawarkan sebagai asas kepada perkongsian visi dan aspirasi umat seluruh dunia yang pelbagai latar belakang agama dan budaya. Ia demi menciptakan pelan baru dunia yang harmonis, koperatif dan penuh toleransi.

Bagi umat Islam, maqasid syariah adalah rumusan prinsip dan nilai Islam, dapat dijadikan pedoman dan rujukan dalam menyingkapi rempuhan budaya luar pada era globalisasi.

Ijtihad harus dilakukan bagi menangani perubahan-perubahan yang pesat berlaku pada zaman ini. Ia harus dilakukan secara intensif. Kegagalan memberikan jawapan yang tepat mendorong umat mencari jawapan lain diluar Islam. Dengan kata lain, kegagalan berijtihad akan membuka jalan kepada sekularisasi. Ijitijad tidak boleh dipisahkan daripada maqasid syariah. Kesahihan ijtihad ditentukan oleh sejauh mana ia menepati semangat maqasid. Kesahihan ijtihad ditentukan berdasarkan tahap mencapai ‘kekosongan’, atau merealisasikan maqasid syariah